Thursday, October 23, 2008

ZIKIRULLAH...

slalulah kita berzikir pada ALLAH selaku Tuhan yang mengciptakan kita..cari lah ruang waktu kita skali skala bersama dgn ALLAH dgn menyebut namaNYA..Jangan biarkan diri kita terus di tipu oleh dunia....YAKIN DAN PERCAYALAH kita smua ini akan mengadap pembalas dari ALLAH S.W.T

adakah kesalahan itu salah??


kalau direnung kata-kata di atas..dapat di lihat betapa KASIH SAYANG DAN KEADIL AN ALLAH S.W.T..SUBHANALLAH...kita sebagai hmba ALLAH tak perlu lah rasa terlalu ego dan sombong sesama manusia,..krana itu sifat hanya layak untuk PENCIPTA KITA...dan kepada mereka yang selama nii,pernah melakukan dosa dan kesilapan..kembalilah kpd ALLAH..YAKINLAH,, ALLAH MAHA PENGAMPUN.

GOLOGAN YANG DAPAT BERTEDUH DI PADANG MAHSYAR

Di waktu panas yang amat sangat di padang Mahsyar pada hari kiamat, tentulah para manusia menjadi bingung dan menggelabah ingin mencari tempat perlindungan. Dan pada hari itulah manusia berkata: "Kemana tempat lari?".Dalam Al Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana Firman Allah S.W.T.: - "Pada hari itu manusia berkata: - "Ke mana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" (Al Qiyamah : 10-11).Tetapi dengan kehendak Allah S.W.T. akan terdapat beberapa naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, itu merupakan rahmat Allah S.W.T. dan naungannya. Rasulullah S.A.W. bersabda: -
"Tujuh orang bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiadanaungan selain naungan-Nya ialah:

1. Penguasaan pemimpin yang adil.

2. Seorang REMAJA yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah

3. Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid.

4. Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".

6. Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu.

7. Seorang yang berzikir kepada Allah Ta'ala di tempat yang sunyi,hingga kedua matanya mencucurkan air mata."

(Iman Bukhari & Muslim).

mukadimah

Perkhabaran mengenai sahabat-sahabat Rasulullah sollahu’alaihi wasallam
(dipetik daripada Kitab Hayatus Sahabah Jilid 1-karangan Maulana Yusuf rahmatullah'alaih)
Dikeluarkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Hatim daripada as-saiyiddi mengenai firman Allah subahnahu wataala:
“Kamulah sebaik-baik umat dikeluarkan untuk manusia”
(Al-Imran 110)
Di dalam riwayat Ibnu Jarir daripada Qatadah r.a katanya: Kami telah diberitahu bahawa Umar Bin Al-Khattab ra telah membaca ayat ini dan kemudian beliau telah berkata;
"Wahai manusia! barangsiapa yang menggembirakannya untuk menjadi sebahagian dari ayat tersebut maka hendaklah dia menunaikan syarat-syarat Allah untuknya"